Thursday, October 15, 2009

Jika...


Jika dengan meminta tabah, Allah memberikanku derita dan ujian untuk belajar
Jika dengan meminta pandai, aku diberi Allah tugasan-tugasan yang mencabar minda
Jika dengan memohon sabar, amarahku diuji pelbagai rupa
Lantas, kalau aku memohon rajin, apa yang akan diberiNya sebagai latihan?
Sungguh aku malas sekali
Sehingga aku berasa penat berada dalam kemalasan itu
Konon mahu jadi doktor terbilang
Katanya pekerjaan tetapku adalah sebagai Muslim yang bekerja sementara di dunia sebagai doktor
Muslim apa itu yang malas ibadat fiqah, malas belajar ilmu kifayah
Doktor apa yang sebegitu?
Kalau aku minta supaya diriku tak dikalahkan nafsu, bagaimana?
Kadang nafsuku mengaibkanku di hadapanNya
Aku malu sekali
Saban kali kupinta padaNya untuk menerima taubatku
Dan setiap kali itu jugalah aku mungkiri taubat itu
Acapkali juga lidah petah bicara
Tentang hukum-hakam, tentang itu ini
Tapi tangan sendiri rupanya x sanggup lakukan
Hati sendiri tak semua yang turut
Apa nanti apabila lidah, tangan dan hati diberi Allah mandat untuk bersuara kelak
Aku terpaksa tunduk akur
Kerana hari itu tiada dusta
Dan semuanya kembali pada Penciptanya...

No comments:

Post a Comment