Monday, November 30, 2009

Medical Ethics

Assalamualaikum.

Ingat tak pada suatu hari, ketika kelas Medical Ethics by Dr. Soe Soe Aye, ada suatu hadis yang dikemukakan iaitu:

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :

Maksudnya : Apabila seseorang anak Adam meninggal dunia, maka putuslah segala amalannya melainkan tiga perkara : sedekah jariah atau ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang berdoa untuknya.


Ingat tak apabila satu kelas ketawa dan gelak kerana Dr. Soe Soe Aye tidak memahami maksud hadis tersebut dan meminta sesiapa menerangkan kepada kelas tentang maksud hadis di atas. Saya secara peribadi pada mulanya terasa gelihati melihat gelagat Dr.Soe Soe Aye tetapi selepas itu rasa sangat bersalah, rasa seperti hendak mengutuk-ngutuk diri sendiri. Agama kita, wadah Rasul kita sendiri dipersenda. Atau seakan dipersenda tanpa sedar. Sedih. Geram pada diri.

Kenapa agaknya kita tidak berani untuk bangun dan menegakkan kebenaran? Kenapa lidah kaku, kenapa hati beku? Sedangkan hadis tersebut bukanlah janggal bagi kita.

Andai masa dapat diputar kembali ke belakang, mahu sahaja diri ini mengangkat tangan, berdiri, lantas memaknakan sebuah pertanyaan itu;

"The hadith means, when we died, we cannot bring our wealth, our family, our position and rank into the grave with us. But, there are 3 things, in which, if we have done while we are still alive, may enable us to receive glad tidings and rewards even after we died which are: charity, good knowledge that we taught to others, or the prayer recited for us by our off springs."

Semudah itu. Moga apabila Allah memberikan peluang lagi pada masa akan datang untuk perkara seperti ini, kita akan berlumba-lumba mengacung tangan untuk menjawab. InsyaAllah.


video

Saturday, November 21, 2009

Eid Al-Adha


Assalamualaikum...

Kalau raya puasa kita menang dalam melawan nafsu,
Kalau raya qurban kita menang apa ya?

Kita menang dalam peperangan melawan rasa
Membuang sikap sendiri-sendiri
Menyingkir rasa aku, aku - engkau,engkau
Menyisih sifat kepunyaan - memiliki

Pada dasar kita hamba
Mengapa perlu bakhil?
Sedang kita tidak mempunyai
Kita tidak memiliki
Hulurkan bantuan seikhlas hati
Pada setiap yang perlu
Orang sabar akan menang!
Selamat menyambut kemenangan dalam kesabaran.
SELAMAT HARI RAYA EID AL-ADHA