Wednesday, March 11, 2009

Jalan Ini

Assalamualaikum. Kat bawah ni, hida copy-paste from blog kawan hida. An audiologist-to-be. I think it is something worth sharing with everyone of us. Tentang kita. Tentang jalan hidup yang kita pilih...

"Tadi, aku ke library meminjam buku cerita. Layan akhbar, dan terbaca satu surat dari doktor yang bercerita tentang penat, letih, on call dan sebagainya yang negatif. AKu setuju. AKu berada dalam kawasan hospital. Aku juga pesakit. AKu bahkan pernah nampak doktor yang masih menahan tidak sihat merawat. Sungguh aku kagum.

Tapi. Itulah jalan doktor. Ya. Doktor ramai. Dan ramainya di swasta. Mereka punya opsyen lebih baik, jadi mereka tinggalkan. Tidak boleh salahkan juga. Mereka punya keluarga. Anak-anak ada hak ke atas mereka. Isteri juga ada hak ke atas mereka. Pesakit juga ada hak ke atas mereka.

Kerana mereka doktor.

Dan pastinya mereka juga ada hak ke atas diri mereka.

Namun inilah pengorbanan menjadi doktor.

Letih itu lumrah.
Penat itu lumrah.
Sentiasa on call itu lumrah.
Bekerja 24 jam tanpa henti itu lumrah.
Tidak tidur juga bahkan sudah jadi kalih.
Dan kalih juga lumrah.

Oh.
Itulah doktor.
Muliakan?

Manusia semakin ramai.
Bila makin ramai, sakit juga makin banyak.
Maka banyaklah pesakit.
Pesakit perlukan doktor.
Bila nisbah doktor dan pesakit tidak seimbang, siapa yang lebih teruk?
Doktor atau pesakitkah?
Silap-silap doktor jadi pesakit.

Doktor juga manusia bukan?

Doktor dan bakal doktor sekalian,
Mohon tabah kamu!

Jalan ini bukan mudah, tapi kita belum layak untuk mengaku payah!"

Pasted from:

<http://diarisenja.wordpress.com/>



1 comment:

  1. i knw it will be not easy to bcome a doctor..and im scared to face that moment when we dun have time for ourself..but,inilah jalan yg dipilih dan kita adalah org yang Allah pilih utk jalankan pekerjaan yang mulia ini..moga2 allah beri kita suma kemudahan dan jalan yang brkat dalam kita menghadapi liku2 utk mnjadi seorang doktor dan mnjalankan tugas..aminn

    ReplyDelete