Friday, February 27, 2009

alhamdulillah, pass!!

assalamualaikum wrt..

di sini saya sebagai admin blog alu3 ingin mengucapkan tahniah dan congratulation kepada semua my pseudosiblings kerana telah berjaya merentasi detik-detik dan saat-saat mencemaskan serta mengharungi penat lelah, bertarung nyawa dan bergolok gadai..tidak lupa yang telah mengorbankan waktu tidur yang sungguh berharga serta wang rupee yang banyak bagi menuntut selera makan yang mungkin bertambah sepanjang study week sebelum ini.. 

bersyukur kita kepada Allah SWT yang telah mengabulkan doa kakak2, abg2 dan adik2 semua supaya kita masih lagi bersama menempuh dunia medic ini bersama-sama..tidak lupa pada ibu hida yang telah mendoakan untuk kejayaan kita di Baitullah, al-haram, Makkah.. sungguh Kuasa Allah amatlah Hebat dan Maha Besar dan Maha Penyayang.. Dia mendengar doa kalian dan sesungguhnya kejayaan dalam melepasi atau clear pass dalam exam final (unis) 2nd year yang amat mencabar minda, mental dan fizikal serta emosi ini adalah atas kasih sayang dan rahmat Allah SWT..tanpa redha dan kehendakNya, tidak mungkin kita dapat mencapai tahap ini..

semoga kita tidak lupa diri dan sentiasa mengingatiNya di kala kita senang dan susah..
Allah lah sebaik-sebaik tempat kita bergantung, Maha Pemberi Rezeki..alhamdulillah...

semalam,

mesej dihantar..

to:mr razib dan mr zaini
salam sir, moga sehat selalu..nak bagitahu berita gembira ni..semua alu3 class nov05/06 pass for unis 2nd year.insyaAllah masuk 3rd year bulan 3 nih..nantikan kepulangan kami akhir buln 8 ni..
doakan kami di sini sir..semua dah rindu kat sir nih! take care sir! ^_^

pagi ini...

2 mesej received...

from:mr razib
alhamdulillah..tak sabar nak tunggu u all semua jadi doktor,salam buat semua..

from: mr zaini
congratulations to all of u..
bilo dah jadi doktor, jangan lupo pakcik , ye nak oii

ha..rindu kan kat diorang?
sape ada gambar diorang, upload di sini ye..
nak mesej mr kuldip, but i dont have his number..

last but not least... congrates semua!!^_~


Tuesday, February 24, 2009

lalalalala

Assalamualaikum semua..
hehe sajer je tulis blog tatkala sudah sampai rumah! jangan JELES saper tak balik. Ala jalan2 pun best ape. Hari ni kid nak membebel pasal masalah kid huhu! jadi korang layan la kid punyer bebelan maka korang akan jadi giler macam kid! sebelum balik rumah kid punyerla homesick nak balik sampai dah tergolek2 duk kat mp park tuh! besela RINDU RUMAH n FAMILY. tapi bile balik umah plak my big bro tak dapat cuti sebab kene kursus! ceh punah harapan nak g jalan2. Dan kid sekarang ni rasa RINDU kat KORANG la plak( terpaksala mengaku kan!). Baru satu hari kat rumah dah rindu kat manipal. Apa kes? Tapi bile cuti dekat2 nak abes nanti mesti kid takmo balik manipal nyer!!! korang rase apa best solution untuk masalah kid nih??? lo ade otak lo pk la sendiri( pinjam ayat nabil n sarah. hehe! jgn marah ek sarah). ape2 pun cuti baru beberapa hari jer. Jadi gunekan ia betul2 untuk merelakskan diri anda! haha! hepi holiday kawan=)

seputih awan sebiru langit
siang yang terang
hatiku girang
aku sudah pulang( 2x)
ke bumi sendiri
tempat jatuh berdiri kembali
tempat main tenteng dan guli
tempat tiada galang ganti
walau berjuta langkah kupergi
aku sudah kembali(2x)
dengan seribu warna rasa ini
lalalala...lalalala

lagu puisi baru dari kid.pandai2la korang nyanyi ikut rhythm korang sendiri. nak nyanyi ala2 kuch kuch hota hai ke lagi sailormoon, chibi maruko chan ke suke hati lah ek!=p

~kiddo, bilik along~

yo wasssap2!!hehe

Assalamualaikum....
awal pagi nih mmblog(jam kat jason kol 723am,awal tuh!)
tatkala ini,shida masih lg nyenyak tdo n aku bosan x tahu nk wat pe,nk kemas rumah mmg la pmlas!hahah!
btw,saje2 nk memblog di cn,(saje nk cari publisiti nih!ahaks!=P)
................................(long pause)
tetibe ilang idea nk tulis ape td!huhu=(
owh,yeah,now we're having hols in manipal!yeay!cuti2 manipal la kate orang..
actually baru 3 ari cuti tp rase cam da lame giler sbb x tahu nk buat ape!rase cam free giler!haha!
herm2,ape yg aku merepek nh??
llalaal~~
btw,slamat bercuti la ek kawan2...njoy ur hols!!!
yearggh!!!!!

aksi ala-ala hero hindustan

Bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum wrt..

nak kisahkan satu story..

today:24hb2 2009

5.40am: azan subuh berkumandang..kami semua menunaikan tanggungjawab pada Allah..alhamdulillah Dia masih beri peluang untuk kami bernafas hari ini..

6.00am: nura, maisarah dan eena menghantar dayana, widat, syikin dan izan ke depan mp park..
azfar dah tunggu kat bawah dengan kereta..sebab depa nak pi travel north..train depa gerak pukul 6.20am..
tu yang kene rush2 sket tuh..masing-masing tak sempat nak hug lama-lama..walaupun ada rasa sedih jugak depa nak pi jalan2 nih..(padahal x lama lagi jumpa balik..tu pun nak sedih2..ape la..)

6.15am: msg handphone nura pun berbunyi

from:izan
nura, domestic flight tak yah guna passport eh?
tak bawak la.diorang semua bawak.takpelah..dah start risau ni.nak buat camne..tawakkal je la..

nura pun terpikir sekejap..malam tadi pesan kat izan tak yah bawak sebab dia dgn widat tak balik msia, so x yah bawak takut hilang..nura lupa sangat2 yang izan dan widat akan balik manipal semula naik domestic flight..
sekarang ni, semua bawa passport kecuali izan..

argh..cmne ni?

" eena eena! kalau naik domestic flight kene pakai passport tak?"

"i rasa tak yah kot..rasanya kalau ada photocopy and residential permit ok dah kot"

"eh, bukan ke passport kene ade..ingat tak masa kita balik sini dulu, org kat kaunter tu mintak passport semua org.." tiba-tiba maisarah bersuara..

"abis tu, cmne nih?" nura risau

to: izan
izan, eena kata macam tak pe if takde passport original..yang photocopy pun dah cukup..dont worry k..

from:izan
xpelah, .kalau tak dpt naik domestic flight dari goa ke delhi dengan diorang, balik manipal je la...

to:izan
izan, train dah sampai ke?

jam menunjukkan 6.20am..kalau ikutkan jadual, sepatutnya train dah sampai..

from:izan
dah sampai dah..takpelah..tq

eena, nura dan maisarah duduk kat sofa..kami bincang-bincang..
masing-masing bingung, nak hantar passport time tu macam xsempat dah..train mereka dah sampai..

nak sedapkan hati,,,insyaAllah lepas kot masa naik domestic flight..nak tak nak pun, mesti org kat kaunter airport tu bagi lepas..walaupun ada gaduh-gaduh sikit ke..

sebenarnya kami di rumah time tu cuak juga..kesian jugak kat izan..

6.30am
handphone kat tangan berbunyi lagi

from:izan
diorang annouce je train dah sampai, tapi train tak sampai pun lagi..

nura apa lagi..
"eena! train tak jalan lagi! jom!

"jom jom! cepat2 siap!! call auto!!"

alhamdulillah, ada auto pagi2 tuh..sekali je call, dah dapat..biasanya susah sgt nak dapat auto pagi2 nih..

kami berdua bergegas turun macam lipas kudung(ish..kalau lipas tu kudung , cmne dia nak lari..)
bergegar gak lah mp park tu sebab kami berdua bising..
bak kata sarah.."patutlah aku dgr org bising2 pagi tadi..korang ke rupanya.."
hehehe

maisarah tak ikut sebab sat gi pukul 7 lebih dia akan ambil parents dan makcik dia dari train station..

maka, kami berdua pun bergegas naik auto..dengan membawa passport izan..

"uncle, fast aaa..." 

uncle tu angguk-angguk je..

6.37am
from:izan
korang, train dah sampai..sori2..thanks anyway

masa tu kami berdua masih dalam auto..berdoa sgt2 pada Allah semoga sempat sampai sebelum train bertolak.. 

to:izan
kitorang on the way
izan tunggu tepi  tingkap or depan pintu train, nanti kitorang pass kan passport

6.41am
from:izan
korang dah sampai ke?

to:izan
dah

pakcik auto tuh berhenti dekat train station tapi bukan side train akan bertolak..
kami kene cross the railway station tu..

kami pun apa lagi,.sampai situ train tak jalan lagi..terus pecut macam kat track 100m..
dan ada sorang pakcik ni, jerit kat kami..

"cross! cross! 2 minute! 2 minute!!"

kami saling berpandangan kejap..betul ke nak cross railway ni?

argh..cross je lah..
ada jugak mamat2 tempe yang ketawakan kitorang time tu..

nak tak nak..demi passport dan izan, kami cross railway tu, merentasi halangan demi halangan, panjat pintu train, dan masuk ke bahagian paltform train yang satu lagi..

kami jerit.
"izan!!!!!!! izan!!!!!!!!"

"sini!! sini!! " izan panggil sambil lambai-lambaikan tangan..

"tuuuuuu!!" eena mengarahkan nura ke hujung sebelah sana

kami berdua berlari mendapatkan izan di pintu train..

"nah, passport.." dengan nafas tercungap-cungap

"thanks korang..muahx2!" izan balas..

fuh! lega! dapat jugak bagi pssport kat izan..train dah nak jalan dah time tu..alhamdulillah izan tunggu kat pintu..

alhamdulillah sangat2..Allah lah yang bantu kami pagi tadi..
kalau biasanya auto takde pagi2, tapi pagi tadi ada..
train pulak x berlepas pada jam yang sepatutnya..delay..sepatutnya 6.20am dah gerak dah, tapi sebab Allah nak tolong, kami sempat bagi passport kat izan..
dan alhamdulillah, masa kami cross the railway, train x bergerak lagi..kalau tak, nauzubillah dah kami nih..

syukur dan relief sangat-sangat..
cepatnya Allah makbulkan doa kan? kalau kita berdoa dengan penuh yakin pada Dia, Dia akan tunaikan dan laksanakan kuasaNya..
alhamdulillah..

balik tu, kami tergelak sendiri..

"eena, aksi tadi macam ala-ala hindustan pun ade"

"tulah, i mula2 pun ragu2 nak cross ke tak nak, sebab biasanya tempe2 je yang buat cmtu.last2 kite cross jugak..seyes r, macam cite hindustan.."

"haha..pengalaman baru hari ni"

kat bawah ada sikit gambar yang sempat disnap  pagi tadi..


railway station :aksi larian pecut 100m..alhamdulillah train tak gerak lagi




berkejar-kejar mencari izan



pandangan dari  jejantas



aksi panjat pintu train..tinggi nak panjat tu..hehe


Monday, February 23, 2009

Cuti Ini - 2

Assalamualaikum.

It's me again! Sorry la gang. I got plenty of time without much thing to do. Today is day 2 of our holiday and I started feeling empty. So, can you guys help me in suggesting anything to do during this hols (before I'm off to the xxx)? Like...

1. Watching movies? List some interesting, worth-watching movies for me.
2. Going for a walk? Where? End point, eh? Other than that? Cuti2 Manipal lorr.
3. Eat good food, sleep all day long? Huhu.
4. ?
5. ??

Err...will the result of our Phase I Stage II exam be out tomorrow? I hoping the best for all of us. InsyaAllah each and everyone of us will walk proudly to Sem5 this coming March. I really hope so. Meanwhile, enjoy your holidays, everyone!

Cuti Ini


Assalamualaikum..

Wah, saya sungguh berbangga kerana akhirnya dapat menulis di blog! <-- ayat skema. Harapnya blog ni tak 'mati' atau 'tenggelam' macam groups yang kita pernah buat di yahoo!group dan friendster. I wish, I pray and I hope that this family of ALU3 will remain united no matter what.

I cant find words to relate to the title la. Alright, I post this poem for the time being, ok?

Umpama sebuah wakaf
tempat kita bertemu sekali sekala
macam-macam orang, macam-macam ragam
macam-macam cerita, macam-macam peristiwa
begitulah
kadang-kadang wakafpun sunyi juga
namun uniknya wakaf ini
kita bertemu
tapi tidak bersua
tak kisahlah, janji pertemuan ini
membuka lembaran baru
yang lebih diberkati
kerana kita semua dalam perjalanan yang sama
umpama garis-garis selari
landasan yang sama, arahnya mungkin lain-lain
ada dakwat yang masih banyak, masih melakar garisan
ada dakwat yang telah kering, garisan pun terhenti.

Dan hari-hari semalam
adalah jarak waktu yang jauh
yang tak mungkin tercapai lagi!

Sunday, February 22, 2009

after the exams


Assalamualaikum..

and yes, it's me again ^_^.

thanks for those who tried their best to make our yesterday's gathering as 'meriah' as possible n totally not a mundane type.

anyway these are some pictures that was obviously taken by us after the exams =D.

okay, scroll down then




                                  InsyaAllah, doctors-to-be ^_^

the pictures aren't that clear..alright, thats all. keep praying n never never lose hope on Allah

"Penolongku ialah Allah, tiada tuhan melainkan Dia. KepadaNya jua aku berserah dan Dialah yang memelihara Arasy yang besar" [At-Taubah:129]

salam semua....(^^,)

Tatkala ini kita semua pon dh abis exm MBBS phase I stage II...hopefully semua kita lulus (^^,)
nnt bleh g posting sama2....
Nk ucapkan selamat bercuti gak utk semua....yg g europe,egypt tu jgn lupa bwk balik souvenirs ye

p/s : lost tract of time la maisarah,but its like knowing u guys for a very very long time dh..semoga persahabatan kita kekal selamanya...amin~

how many years is it?

Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum..

i read afikah's blog the other day, and i thought to myself..how many years have alu3 been together?

okay, so as i'm bad at math [malas nk kire sebenarnye], hehe, lets see who got the answer? ^_^

sawadikappp!!


Bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum wrt..

toink!toink!
sebagai permulaan kepada blog ini, kawe update dulu gambo alu 3..cite lain kali yer..
sesape yang rajin mehla mengupdate blog ini..

terbuka kepada warganegara malaysia 18 tahun ke atas,
 mempunyai ahli keluarga yang tetap alamatnya di malaysia atau serata dunia yang lainnya, 
mempunyai kesungguhan dan minat yang mendalam dalam bidang blogging (hyperbola je nih)
merupakan ahli keluarga alu 3 dan rakan-rakannya yang sangat disenangi 
dan sesiapa sahaja yang kreatif dan mempunyai idea-idea yang bernas lagi bermutu dan sedap untuk dibaca macam makan eskrem death by chocolate..





 alu 3 year 2008



alu 3 year 2006

alu 3 punya cerita nya yang tersendiri
nantikan update nya di lain kali..
moga bertemu kembali pada waktu yang sama, rancangan yang sama, setia hanya di TV9..
hehehe