Wednesday, February 10, 2010

Ironi


Bismillahirrahmanirrahim

Mengapa ya? Kita sering insaf setiap kali isu Palestin dibicarakan. Kita sering bersemangat mengucapkan kata 'boikot' terhadap produk Israel dan yang seangkatan dengannya. Tetapi secara hakikat dan praktikalnya, berapa ramai yang benar-benar tegar dalam memboikot barangan-barangan ini? Kenapa ketika makan minum di kedai, Milo juga yang dipesan, diselang-seli dengan Nescafe? Atau Coca-Cola waktu santai-santai? Sedangkan pilihan lain kan masih banyak. Apabila ditanya, jawapan mudah: "Oh, lupa. Dah terbiasa." <-- Tanpa rasa bersalah. Kita senang menyenaraikan barang itu, barang ini yang perlu diboikot tapi rupa-rupanya susah ya hendak bertukar selera?

Kawan-kawan, usaha boikot bukan kerja seorang dua. Tak terjejas pun ekonomi mereka. Tahukah kawan-kawan ketika Malaysia berhasil memasarkan Proton di luar negara, di Turki, mereka sanggup menukar kereta kerana semata-mata menyokong ekonomi orang Islam (?) dan menyebabkan pasaran kereta-kereta Barat merudum jatuh. Kerana itu, kita perlu bersama-sama. Hentikanlah pembelian produk-produk yang kita semua sedia maklum akan status boikotnya. We can make a difference. Boikot bukan bermusim. Tapi, biarlah ini menjadi satu usaha jihad kita buat masa ini sementara kita mengumpulkan kekuatan untuk jihad yang seterusnya. Jom boikot! :)

No comments:

Post a Comment