Tuesday, May 19, 2009

Cerita hari ini

Assalamualaikum.

Hari ini 19/05/09. Ada end-posting exam untuk psychiatry posting yang sudah 3 minggu (11 hari sebenarnya) Hida dan member-member kumpulan B hadiri.

Dalam kelas surgery pagi tadi, Hida perasan tajuk hemorrhage and blood transfusion kita pernah belajar dengan Dr Vinayak Shenoy Kallya dulu. Ada nota pun. Jadi, minta maaf ye Dr Santhosh Pai aka papa grup C sebab Hida tak pay attention sangat. Baca psychiatry. Huhu.

Macam biasa, lepas 'perhimpunan pagi' kat CBS Canteen, Hida dan kawan-kawan bergerak ke kelas di tingkat 4 OPD Kasturba Hospital. Exam essay pukul 9.30-11 pagi. Soalan sebenarnya senang tapi entahlah. Tengok kawan-kawan, semua tunduk. Jawab. Khusyuk. Ada yang tulis tak henti-henti. Ada yang sampai minta kertas tambahan. Hida garu kepala. Tiba-tiba blackout! Blackout yang sampai tak nampak tangan sendiri, apatah lagi tulisan pada kertas atau soalan di papan hitam. Ada yang tunggu. Termenung. Ada yang berusaha, keluarkan mobile phone dan suluh kertas. Teruskan menulis. Baru pukul 10.15pagi. Hida sudah siap jawab semua soalan sebenanrnya. Tanpa huraian walau untuk satu soalan pun. Semuanya ringkas. Yakin betul. Akhirnya kepanasan, kerimasan dan kegelapan menang - ramai yang hantar kertas jawapan dan pulang. Hida juga. Pukul 10.25pagi.

Pulang ke bilik. Perlu bersedia untuk viva petang ini. Sampai di Khorona 831. Cari-cari kunci dalam beg. Tiada. Cari lagi. Masih tiada. Keluarkan semua isi beg. Periksa kalau-kalau beg koyak. Tiada. Mana pergi kunci bilik Hida? Mesej seramai mungkin kawan-kawan dan junior-junior kalau ada ternampak di mana-mana. Turun bawah. Tanya mak guard. Geleng-geleng. Hida trace jalan ke kelas pagi tadi. Tiada. Singgah di kedai akka Sonia. Sempat beli soya milk dan tissue. Dahaga dan berpeluh-peluh. Kembali ke Sharada. Jumpa caretaker. Lepas membebel-bebel sayang, dia bagi selonggok kunci, suruh try and error, kalau-kalau ada yang match. Jaw-drop sekejap.

12 tengahari. Setengah jam berusaha membuka dengan kunci yang pelbagai tapi gagal. Panas. Berpeluh-peluh. Muka kelat. Tahan nangis. Widat pulang. Tumpang bilik Widat - solat Zuhur kemudian pergi ke food court, join Aliaa, Hali, Haz dan Anwar. Dapat mesej daripada Kuja,
"Kak Ida, ada kawan jumpa kunci akak kat dalam kelas. Kunci dengan keychain silinder kecil warna maroon." Wah, alhamdulillah! Mood yang tadinya agak low terus elevated. :)

Pukul 2.10pm. Cuak. Viva pukul 2.30pm. Jadi orang yang ke-12 dengan Ms. Rajini. 5 soalan, 5 minit.
1) Delusion
2) Antipsychotics
3) Memory tests in MSE
4) Intentionality in suicide
5) Lupa la…

Untuk soalan kedua, Hida tiba-tiba blank. Kosong. Padahal semua yang sudah selesai ditanya dapat soalan itu. Haz juga. Padahal sudah dibincang-bincang dengan jayanya sebelum tiba giliran. Macam mana boleh lupa typical antipsychotics? Nasib baik ingat juga yang atypical. Hida, apa sudah jadi? Mungkin inilah yang dikatakan tiada rezeki. Keluar dari bilik Ms. Rajini dengan sedikit kecewa…

Pengajarannya: Ada masa Allah akan menguji kita dengan cara yang tak tersangka-sangka tetapi masih sesuai dengan tahap kemampuan kita untuk menghadapinya. Rujuk surah Al-Baqarah: 286.



Maksudnya: Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.

Ada juga masanya Allah memberikan kita kejayaan dan pertolongan dengan jalan yang tak tersangka-sangka juga. Rujuk surah At-Talaq: 3.



Maksudnya: Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.

Jadi kita sebagai hamba perlulah sabar dan tak putus harap. Hanya padaNya sahajalah tempat kita bergantung dan meminta pertolongan. Dan sungguh Dia Maha Mendengar segala rintihan hambaNya, kan? ^^,

Inilah cerita hari ini. Cerita pada suatu hari yang bertarikh 19/05/09.

3 comments:

  1. salam..comellah^_^ [tersenyum sorang2 baca post nih]

    ReplyDelete
  2. hida!!!kawe pon ade story gok!!!!huhu!!sila la lawati blog kawe!1huhu=p

    ReplyDelete
  3. salam hida..sonok baca..teruskan!

    ReplyDelete