Monday, November 30, 2009

Medical Ethics

Assalamualaikum.

Ingat tak pada suatu hari, ketika kelas Medical Ethics by Dr. Soe Soe Aye, ada suatu hadis yang dikemukakan iaitu:

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :

Maksudnya : Apabila seseorang anak Adam meninggal dunia, maka putuslah segala amalannya melainkan tiga perkara : sedekah jariah atau ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang berdoa untuknya.


Ingat tak apabila satu kelas ketawa dan gelak kerana Dr. Soe Soe Aye tidak memahami maksud hadis tersebut dan meminta sesiapa menerangkan kepada kelas tentang maksud hadis di atas. Saya secara peribadi pada mulanya terasa gelihati melihat gelagat Dr.Soe Soe Aye tetapi selepas itu rasa sangat bersalah, rasa seperti hendak mengutuk-ngutuk diri sendiri. Agama kita, wadah Rasul kita sendiri dipersenda. Atau seakan dipersenda tanpa sedar. Sedih. Geram pada diri.

Kenapa agaknya kita tidak berani untuk bangun dan menegakkan kebenaran? Kenapa lidah kaku, kenapa hati beku? Sedangkan hadis tersebut bukanlah janggal bagi kita.

Andai masa dapat diputar kembali ke belakang, mahu sahaja diri ini mengangkat tangan, berdiri, lantas memaknakan sebuah pertanyaan itu;

"The hadith means, when we died, we cannot bring our wealth, our family, our position and rank into the grave with us. But, there are 3 things, in which, if we have done while we are still alive, may enable us to receive glad tidings and rewards even after we died which are: charity, good knowledge that we taught to others, or the prayer recited for us by our off springs."

Semudah itu. Moga apabila Allah memberikan peluang lagi pada masa akan datang untuk perkara seperti ini, kita akan berlumba-lumba mengacung tangan untuk menjawab. InsyaAllah.


Saturday, November 21, 2009

Eid Al-Adha


Assalamualaikum...

Kalau raya puasa kita menang dalam melawan nafsu,
Kalau raya qurban kita menang apa ya?

Kita menang dalam peperangan melawan rasa
Membuang sikap sendiri-sendiri
Menyingkir rasa aku, aku - engkau,engkau
Menyisih sifat kepunyaan - memiliki

Pada dasar kita hamba
Mengapa perlu bakhil?
Sedang kita tidak mempunyai
Kita tidak memiliki
Hulurkan bantuan seikhlas hati
Pada setiap yang perlu
Orang sabar akan menang!
Selamat menyambut kemenangan dalam kesabaran.
SELAMAT HARI RAYA EID AL-ADHA

Thursday, October 15, 2009

Jika...


Jika dengan meminta tabah, Allah memberikanku derita dan ujian untuk belajar
Jika dengan meminta pandai, aku diberi Allah tugasan-tugasan yang mencabar minda
Jika dengan memohon sabar, amarahku diuji pelbagai rupa
Lantas, kalau aku memohon rajin, apa yang akan diberiNya sebagai latihan?
Sungguh aku malas sekali
Sehingga aku berasa penat berada dalam kemalasan itu
Konon mahu jadi doktor terbilang
Katanya pekerjaan tetapku adalah sebagai Muslim yang bekerja sementara di dunia sebagai doktor
Muslim apa itu yang malas ibadat fiqah, malas belajar ilmu kifayah
Doktor apa yang sebegitu?
Kalau aku minta supaya diriku tak dikalahkan nafsu, bagaimana?
Kadang nafsuku mengaibkanku di hadapanNya
Aku malu sekali
Saban kali kupinta padaNya untuk menerima taubatku
Dan setiap kali itu jugalah aku mungkiri taubat itu
Acapkali juga lidah petah bicara
Tentang hukum-hakam, tentang itu ini
Tapi tangan sendiri rupanya x sanggup lakukan
Hati sendiri tak semua yang turut
Apa nanti apabila lidah, tangan dan hati diberi Allah mandat untuk bersuara kelak
Aku terpaksa tunduk akur
Kerana hari itu tiada dusta
Dan semuanya kembali pada Penciptanya...

Tuesday, October 13, 2009

Zikrulmaut

Assalamualaikum.

Kerana hidup ini begitulah. Hari ini kita bertandang datang, hari esok mungkin kita sudah melangkah pergi. Selagi ada desir angin bayu yang berpuput lembut, ada warna-warni bunga harum aneka citra, langit biru masih mengatapi bumi, awan-awan comel berambal-ambalan, laut saujana mata memandang...Selagi itu, kita masih akan melangkah bersama-sama. Matlamat hanya satu, arah mungkin berbeza-beza; pada cara, masa dan tempat. Bila terbayang begitu, dunia ini terasa indah bukan?

Namun, apabila tiba masa dan ketikalah, ke-hadratNya jua kita kembali. Teringat saat itu yang pasti akan tiba, rasa ngeri dan ngilu. Bukan kerana takutkan mati sebab cintakan dunia. Bukan. Tetapi mengenang hinanya diri, sedikitnya bekalan iman dan amal, banyaknya dosa yang masih belum dipohon ampun. Bimbang kalau waktu itu datang, diri ini masih belum cukup bersedia. Sungguh. Adakah orang yang benar bersedia untuk menghadap Tuhan-Nya? Dia, tidak langsung memandang amalan secuit kita. Tanpa kasih sayang-Nya, tanpa kelulusan dari-Nya, entah di lapisan mana di neraka-Nya akan tercampak diri ini.

Pelepah tua jatuh, pelepah muda jangan ketawa. Kerana tiada siapa yang dapat mengagak bilakah umur bakal terhenti. Dan kita, adakah masih lagi gelak-gelak, riang gembira tanpa waspada? Sedang malaikat-Nya tidak alpa menunggu waktu itu hadir. Tatkala pohon di arasy bergegar, daun yang tercatat nama pun gugur. Saat itu, kita masih mahu bercanda gurau senda?

Pendeknya hayat seorang manusia. Hanya antara 2 nafas - yang pertama dan yang terakhir. Ketika nafas pertama, mereka menangis dan ketawa gembira menerimamu di dunia. Ketika nafas terakhir nanti, adakah yang akan menangis untukmu? Atau masih ketawa dengan pemergianmu?

Ya Allah, hidup dan matikanlah aku dalam iman. Ya Allah, jika Engkau mentakdirkan mati, matikanlah aku dalam husnul khatimah. Matikanlah aku dengan menyebut nama-Mu. Walaupun diriku hina dina pada pandangan-Mu, terimalah aku di sisi-Mu dengan belas ihsan ya Allah. Ampunilah daku, kedua ibu bapaku dan mereka di sekelilingku. Amin ya Rab. Amin...

Wednesday, October 7, 2009

It's widat's wedding!


Assalamualaikum.

This is just a little reminiscence from me. with love, this wish is sent your way, for a very special kind of day. For there is no more lovely, friendly and charming relationship, communion or company than a good marriage. So on this day when two hearts as one; May you enjoy this day, Wid, and the days to follow with a lifetime of happiness.

Selamat pengantin baru, Wid and Bazli. Salam sakinah, mahabbah wa rahmah!

Sunday, July 26, 2009

KAWAN - Hijjaz


Kawan, apalah yang kaukesalkan
Kerana Tuhan kau kehilangan kawan
Kerana kebenaran kau dihina
Jangan kau ragu dalam keimanan.

Kadang-kadang kawan jadi lawan
Kadang-kadang lawan jadi kawan
Apalah disedihkan hati
Setiap insan di dalam kekurangan.

Jangan sedih selalu tersisih
Bukan kau saja ditimpa malang
Ingatlah para rasul mulia
Lebih tersiksa menderita.

Mereka bahagia dalam derita
Mereka kaya di dalam papa.

Mereka memadai dengan Tuhannya
Itulah kebahagiaan
Di waktu sempit seorang diri.
Kawan janganlah disedihkan hatimu.

Jangan sedih selalu tersisih
Bukan kausaja ditimpa malang
Ingatlah para rasul mulia
Lebih tersiksa menderita.

Tetapi mereka merasai ramai
Walaupun keseorangan.

Kawan, apalah yang kaukesalkan
Kerana Tuhan kau kehilangan kawan
Kerana kebenaran kau dihina
Jangan kau ragu dalam keimanan.

Kadang-kadang kawan jadi lawan
Kadang-kadang lawan jadi kawan
Apalah yang disedihkan hati
Setiap insan dalam kekurangan

Kawan...

Palestine...


I've heard so many versions of stories about what had happen in Gaza, about whom we should accuse for all the troubles, about what is our responsibility toward the issues and the list continues.

Ya Allah, sungguh setiap janjiMu adalah benar. Tiada yang lebih benar melainkan kebenaran itu sendiri. Dan aku sebagai pemerhati yang sepi di sini…

Aku rasa cukup bersalah sekali…dan memang wajar perasaan itu datang. Dan patutnya perasaan itu kekal. Aku takkan cuba untuk mengikis rasa itu supaya hilang dari hatiku supaya aku akan terus berusaha melakukan sesuatu - 'sesuatu' walau sekecil atau sebesar mana aku tak peduli. Asal saja aku bersama dengan kalian.

Saudaraku di Palestine, saat kalian berlari-lari, mengenggam batu di tangan, melempar bajingan-bajingan musuh Allah itu tak kira pagi atau malam, aku di sini dalam lena dibuai indah dunia. Tika kalian kebuluran mengikat perut menahan lapar dahaga, aku di sini tersandar kekenyangan. Semasa langit kalian dipancari cahaya-cahaya pembunuh bom fosforus dan seumpamanya, aku di sini tenang menikmati bulan purnama ditemani pawana. Ah, betapa aku manusia yang tiada rasa. Saudaraku sendiri dibombardir dan aku tidak berbuat apa-apa.

Ketika kezaliman itu di depan mata, kenapa tangan tersorok di belakang? Kenapa lidah diam seribu bahasa? Lantas mujur hati mengutuk dalam diam. Lemahnya iman. Dan Dialah saksinya.

Ya Allah, apa jua takdir yang telah Kau tetapkan, yang telah Kau gariskan dalam Luh Mahfuz, aku ingin berada di dalam pihak yang menang dan yang sama-sama berusaha memperjuangkan kemenangan itu. Aku tak ingin lagi jadi pemerhati sepi.

Terimalah aku sebagai tenteraMu ya Allah.