Thursday, October 15, 2009

Jika...


Jika dengan meminta tabah, Allah memberikanku derita dan ujian untuk belajar
Jika dengan meminta pandai, aku diberi Allah tugasan-tugasan yang mencabar minda
Jika dengan memohon sabar, amarahku diuji pelbagai rupa
Lantas, kalau aku memohon rajin, apa yang akan diberiNya sebagai latihan?
Sungguh aku malas sekali
Sehingga aku berasa penat berada dalam kemalasan itu
Konon mahu jadi doktor terbilang
Katanya pekerjaan tetapku adalah sebagai Muslim yang bekerja sementara di dunia sebagai doktor
Muslim apa itu yang malas ibadat fiqah, malas belajar ilmu kifayah
Doktor apa yang sebegitu?
Kalau aku minta supaya diriku tak dikalahkan nafsu, bagaimana?
Kadang nafsuku mengaibkanku di hadapanNya
Aku malu sekali
Saban kali kupinta padaNya untuk menerima taubatku
Dan setiap kali itu jugalah aku mungkiri taubat itu
Acapkali juga lidah petah bicara
Tentang hukum-hakam, tentang itu ini
Tapi tangan sendiri rupanya x sanggup lakukan
Hati sendiri tak semua yang turut
Apa nanti apabila lidah, tangan dan hati diberi Allah mandat untuk bersuara kelak
Aku terpaksa tunduk akur
Kerana hari itu tiada dusta
Dan semuanya kembali pada Penciptanya...

Tuesday, October 13, 2009

Zikrulmaut

Assalamualaikum.

Kerana hidup ini begitulah. Hari ini kita bertandang datang, hari esok mungkin kita sudah melangkah pergi. Selagi ada desir angin bayu yang berpuput lembut, ada warna-warni bunga harum aneka citra, langit biru masih mengatapi bumi, awan-awan comel berambal-ambalan, laut saujana mata memandang...Selagi itu, kita masih akan melangkah bersama-sama. Matlamat hanya satu, arah mungkin berbeza-beza; pada cara, masa dan tempat. Bila terbayang begitu, dunia ini terasa indah bukan?

Namun, apabila tiba masa dan ketikalah, ke-hadratNya jua kita kembali. Teringat saat itu yang pasti akan tiba, rasa ngeri dan ngilu. Bukan kerana takutkan mati sebab cintakan dunia. Bukan. Tetapi mengenang hinanya diri, sedikitnya bekalan iman dan amal, banyaknya dosa yang masih belum dipohon ampun. Bimbang kalau waktu itu datang, diri ini masih belum cukup bersedia. Sungguh. Adakah orang yang benar bersedia untuk menghadap Tuhan-Nya? Dia, tidak langsung memandang amalan secuit kita. Tanpa kasih sayang-Nya, tanpa kelulusan dari-Nya, entah di lapisan mana di neraka-Nya akan tercampak diri ini.

Pelepah tua jatuh, pelepah muda jangan ketawa. Kerana tiada siapa yang dapat mengagak bilakah umur bakal terhenti. Dan kita, adakah masih lagi gelak-gelak, riang gembira tanpa waspada? Sedang malaikat-Nya tidak alpa menunggu waktu itu hadir. Tatkala pohon di arasy bergegar, daun yang tercatat nama pun gugur. Saat itu, kita masih mahu bercanda gurau senda?

Pendeknya hayat seorang manusia. Hanya antara 2 nafas - yang pertama dan yang terakhir. Ketika nafas pertama, mereka menangis dan ketawa gembira menerimamu di dunia. Ketika nafas terakhir nanti, adakah yang akan menangis untukmu? Atau masih ketawa dengan pemergianmu?

Ya Allah, hidup dan matikanlah aku dalam iman. Ya Allah, jika Engkau mentakdirkan mati, matikanlah aku dalam husnul khatimah. Matikanlah aku dengan menyebut nama-Mu. Walaupun diriku hina dina pada pandangan-Mu, terimalah aku di sisi-Mu dengan belas ihsan ya Allah. Ampunilah daku, kedua ibu bapaku dan mereka di sekelilingku. Amin ya Rab. Amin...

Wednesday, October 7, 2009

It's widat's wedding!


Assalamualaikum.

This is just a little reminiscence from me. with love, this wish is sent your way, for a very special kind of day. For there is no more lovely, friendly and charming relationship, communion or company than a good marriage. So on this day when two hearts as one; May you enjoy this day, Wid, and the days to follow with a lifetime of happiness.

Selamat pengantin baru, Wid and Bazli. Salam sakinah, mahabbah wa rahmah!

Sunday, July 26, 2009

KAWAN - Hijjaz


Kawan, apalah yang kaukesalkan
Kerana Tuhan kau kehilangan kawan
Kerana kebenaran kau dihina
Jangan kau ragu dalam keimanan.

Kadang-kadang kawan jadi lawan
Kadang-kadang lawan jadi kawan
Apalah disedihkan hati
Setiap insan di dalam kekurangan.

Jangan sedih selalu tersisih
Bukan kau saja ditimpa malang
Ingatlah para rasul mulia
Lebih tersiksa menderita.

Mereka bahagia dalam derita
Mereka kaya di dalam papa.

Mereka memadai dengan Tuhannya
Itulah kebahagiaan
Di waktu sempit seorang diri.
Kawan janganlah disedihkan hatimu.

Jangan sedih selalu tersisih
Bukan kausaja ditimpa malang
Ingatlah para rasul mulia
Lebih tersiksa menderita.

Tetapi mereka merasai ramai
Walaupun keseorangan.

Kawan, apalah yang kaukesalkan
Kerana Tuhan kau kehilangan kawan
Kerana kebenaran kau dihina
Jangan kau ragu dalam keimanan.

Kadang-kadang kawan jadi lawan
Kadang-kadang lawan jadi kawan
Apalah yang disedihkan hati
Setiap insan dalam kekurangan

Kawan...

Palestine...


I've heard so many versions of stories about what had happen in Gaza, about whom we should accuse for all the troubles, about what is our responsibility toward the issues and the list continues.

Ya Allah, sungguh setiap janjiMu adalah benar. Tiada yang lebih benar melainkan kebenaran itu sendiri. Dan aku sebagai pemerhati yang sepi di sini…

Aku rasa cukup bersalah sekali…dan memang wajar perasaan itu datang. Dan patutnya perasaan itu kekal. Aku takkan cuba untuk mengikis rasa itu supaya hilang dari hatiku supaya aku akan terus berusaha melakukan sesuatu - 'sesuatu' walau sekecil atau sebesar mana aku tak peduli. Asal saja aku bersama dengan kalian.

Saudaraku di Palestine, saat kalian berlari-lari, mengenggam batu di tangan, melempar bajingan-bajingan musuh Allah itu tak kira pagi atau malam, aku di sini dalam lena dibuai indah dunia. Tika kalian kebuluran mengikat perut menahan lapar dahaga, aku di sini tersandar kekenyangan. Semasa langit kalian dipancari cahaya-cahaya pembunuh bom fosforus dan seumpamanya, aku di sini tenang menikmati bulan purnama ditemani pawana. Ah, betapa aku manusia yang tiada rasa. Saudaraku sendiri dibombardir dan aku tidak berbuat apa-apa.

Ketika kezaliman itu di depan mata, kenapa tangan tersorok di belakang? Kenapa lidah diam seribu bahasa? Lantas mujur hati mengutuk dalam diam. Lemahnya iman. Dan Dialah saksinya.

Ya Allah, apa jua takdir yang telah Kau tetapkan, yang telah Kau gariskan dalam Luh Mahfuz, aku ingin berada di dalam pihak yang menang dan yang sama-sama berusaha memperjuangkan kemenangan itu. Aku tak ingin lagi jadi pemerhati sepi.

Terimalah aku sebagai tenteraMu ya Allah.

Tuesday, June 30, 2009


Assalamualaikum.

Kawan-kawanku sekalian. Pernah tak terfikir tentang simpanan wang elaun kita dalam ICICI Bank selama ini? Pernah terfikir tak yang ICICI Bank bukanlah sebuah bank Islam? Jadi, wang interest atau 'bunga' atau faedah yang kita terima sejak mula membuka akaun sehingga kini adalah wang riba. Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah:275-281 yang bermaksud;

275. Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

276. Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan Ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa.

277. Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mengerjakan sembahyang serta memberikan zakat, mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

278. Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman.

279. Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.

280. Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga ia lapang hidupnya dan (sebaliknya) bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati kelak).

281. Dan peliharalah diri kamu dari huru-hara hari (kiamat) yang padanya kamu akan dikembalikan kepada Allah. Kemudian akan disempurnakan balasan tiap-tiap seorang menurut apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun.

So, how to know about your interest?

Go to ICICI Bank and at the Complaint Counter, request them to provide you with the details of the interest that you've received since the day you open the account. They'll ask you to fill a form and a while later (or they may ask you to come back the next day) they will give you the slip which written on it the amount of interest the bank had paid you. I've did it today and I received 2 slips. First, the interest from 1 April 2007-31 March 2008 = Rs 1400 and the second slip is for the interest from 1 April 2008-31 March 2009 = Rs 3678. I tried to capture the photo of the slips but it's not so clear (and I rather not share it here as it's a confidential document but anyone who want to see it can request from me).

What can we do about it now? Okay, there are 2 things that can be done:

1) For those who want to close the account with ICICI Bank before going back to Malaysia and take the balance in the account or planning on a bank transfer, you can debit first the money from your account which is equivalence to the interest amount and donate/give it away. As the above dates suggested, the total amount could be more than that because the current interest is only until 31/03/09 while our account life span is until August '09. Do not hesitate to give away the money to poor people or any means of donation because the money is not belong to us anyhow.

2) Or, for those who are not planning to close the account, i.e. those who want to continue using the ICICI debit card in Malaysia, you can do so but be careful with your expenditure because as long as there's money in the account, you'll continue receiving the interest. Meaning, at one point you have to stop withdrawing money from the account and let the interest money to remain in the account in the bank. So, in this way, you are not using the interest and indirectly, the bank get back its money.

There goes my suggestions. Anyone got any better ideas or different opinion or any clarification that we can discuss upon are really, really appreciated to share here. Let's solve this one before we are too busy preparing to go home. (^^,)v

I'll be waiting for your response. May Allah bless our effort!

Monday, June 22, 2009

It's my birthdate!

Assalamualaikum.

First of all, I'm so sorry for treating this blog like mine. But, sometimes, I got something that I can't help but to share with ALU3. So that's why my posts keep coming in. Sorry my dear ALU3-ians. Secondly, wonder why I always use birthdate instead of birthday? Because we dont always celebrate our birthday on the same day as we were born every year. But coincidentally, my birthdate for this year is my birthday as well (Monday)^_^

Kawan-kawan,
Terima kasih untuk majlis tadi. Terima kasih Dewi & Fiqah untuk kek itu (dan Fiqah untuk handphone accessory yang Hida sangat suka), Elena & Widat yang sanggup tunggu Hida pergi dan pulang (dan suruh Hida melaram..huhu)dan untuk buku nota yang elegan itu, Nazurah yang sanggup datang awal ke Food court; Izan, Syikin & Dayana untuk frame muzikal comel yang boleh gerak-gerak basikalnya, Nurani & Maisarah untuk frame "love" hijau dan pen kayu itu, Aishah untuk diari tulip itu (dan teman Hida makan dengan jayanya), Atikah untuk frame hijau yang menarik, Azreena untuk frame perahu hijau yang klasik, Sarah untuk gelang kuning yang meriah, Haz & Wani untuk beg Goa yang berwarna-warni itu; dan semua ALU3 untuk gubahan bunga itu. Tak lupa pada Najwa untuk keychain dan Amalina untuk bunga daisy kuning itu. [Ada siapa-siapa yang tertinggal ke agaknya?] Terima kasih unuk kad-kad yang diberi. Terima kasih kerana meluangkan masa dengan Hida walaupun ramai yang ada imtihan minggu ini. Terima kasih untuk ucapan-ucapan di Facebook, secara oral, dan juga SMS. Oh ya, tertinggal Shida dalam korum ALU3. Tak apa, jauh di mata dekat di hati. Semoga Allah mudahkan urusan Shida dan keluarga.



My heartiest thanks to all. For treating me as part of the family. Hope this ukhuwwah and mahabbah will last long. Hope there'll be nothing that can separate us except death.

Indahnya kasih dan sayang jika segala-galanya kerana Allah, kan? Oh, satu perkara; Ramai yang meng-wish supaya bertemu pasangan/jodoh/orang yang sesuai. Ehem... Doa-doakan ya. InsyaAllah. :p

p/s: Peringatan buat diri. Semakin bertambah usia, semakin dekat menghampiri mati. Sedangkan amalan hanya secuit, tak cukup buat bekalan menghadap-Nya nanti. Moga tak selama dalam lagha, bangkit sedar menuju redha Ilahi. InsyaAllah.